Tuesday, September 17, 2013

Kegemaran kami bersama

Assalamualaikum...


Hye semua..Entry hari ni berkenaan kegemaran...


Ye laa..masing-masing ada kegemaran masing-masing kan??


For my family, kegemaran bila kami semua bila berkumpul ialah MAKANN!!!! Tapi kejap..rasanya semua keluarga pon suka buat aktiviti ni bila berkumpul kan?? hahahha...


Disebabkan aku ni seketul je anak/kakak perempuan dalam family aku, jadi bab-bab masak..memanglah menjadi tugas aku...dan akhirnya aku la yang paling bosau dalam family aku...hahahah


Dan salah satu kegemaran aku, aku suka sangat cuba masakan terbaru.. op kos la yang aku mampu buat.


Bila kita buat masakan/kek/kuih tu, then bila family kita makan sampai licin/habis, mesti korang semua suka kan..kan..kan?? Sama la juga... Thehehe.. :)


Sebab sebelum ni aku ade buat puding oreo ice cream... Asalnya aku surf kat internet dan jumpa satu resipi puding ni...Dan kelmarin..aku try buat satu puding ni...


Puding Cheese Oreo nama diberi.. chewahh... Haa...Entah la ea..lately ni aku suka buat puding.. (Kalau ayah ada lagi, mesti dia suka..sebab dia suka makan puding-puding ni)


Ok...Actually aku main buat je bila aku dapat resipi dari internet... Alhamdulillah...akhirnya menjadi...


Terima kasih kat hamba ALLAH yang sudi kongsi resipi tu.. Senang jugak laa...


Kalau nak try, barang-barangnya pon senang cari.. :)


Puding Cheese Oreo

Bahan-bahan A:


  • 13g Agar-agar
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula


Bahan-bahan B:


  • 3 biji telur
  • Biskut cheese yang diblend (dalam 120-150g)
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu mentega 
  • Biskut Oreo yang dibuang cream

Cara-caranya:

Untuk Bahan A satukan agar-agar dan air dan di masak sehingga agar-agar tu hancur. Kemudian baru masukkan gula dan kacau sampai sebati..


Sementara tu, Telur di 'blend' selama 10 saat..Then masukkan biskut cheese, susu pekat, mentega. Satukan susu cair dengan tepung kastard. Gaul dan pastikan tepung tu hancur.. Baru masukkan dalam adunan tadi..

Ok.. settle semua tu.. masukkan adunan tadi ke dalam agar-agar yang tengah mendidih.. Kacau sampai masak.. (jangan stop gaul..nanti ada ketulan yang tak diperlukan)


Lepas tu tuang adunan tu dalam bekas dan selang-selikan dengan biskut oreo tadi.. Ikut kreativiti masing-masing ye.. Dah siap boleh lah sejukkan...makan masa sejuk memang best.. 



Agak messy sikit kan?? Tapi rasa not bad tau :)

Ada orang suka terbalikkan puding tersebut bila dah sejuk.. Tapi aku biarkan je.. atas tu nanti masing-masing pandai la adjust..ye dokk... heheh




Siap bawak gi opis lagi.. Alhamdulillah..
bukan masuk bakul angkat sendiri..Tapi memang sedap 


Sesiapa yang nak cuba, go on..salin dan amk je...aku pon guna resipi orang.. jadi biar pahala orang tu bertambah sebab ilmu ni..


Ok semua..InsyaAllah lain kali tulis lagi..

Assalamualaikum...






Tuesday, September 10, 2013

Serabut

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...hari ni aku masih lagi di beri kesempatan masa untuk menulis lagi...


Aku nak kongsi apa yang berlaku di sekeliling aku... Hari ni..hmm...actually aku tak tau kenapa dengan aku hari ni.... Bukan la aku nak cakap yang aku ni seorang yang tak pernah buat silap...


Cuma... ntah laa... cakap dengan supplier pon ntah apa-apa... dengan air tertumpah (nasib baik tak kena CPU) kalau x, mampuih den.. habis kat kawan aku ni bau nescafe... huhuhu...


 Hari ni aku banyak cakap melalut...waaa...ape yang tak kena nie....


Budak depan aku ni pon tergelak bila aku cakap yang tah ape-apa...


Tapi hari ni jugak membuatkan aku rasa terharu dalam masa yang sama..sebab aku jadi tempat member aku mengadu nasib...Ini membuatkan aku rasa bukan aku sorang je yang rasa sedih tentang apa yang berlaku dalam hidup aku (masa kes raya tu)...Rupanya ada je yang senasib dengan aku....


Ouh ya...aku rasa sangat bersyukur sebab aku dapat kawan sekerja yang tak lokek ilmu dan yang penting satu kepala bila plan nak bawak bekal masa rehat... siap plan lagi orang ni bawak nasi, bawak lauk...heheh..


Mana la aku nak kuruih macam nie...geng makan memang tip top...hahaha






Macam melampau la pulak kan kalau kerja banyak macam gambar ni...hahah...Alhamdulillah kerja aku tak lah sampai menggunung macam nie... cuma bila kena deal dengan supplier je macam sibuk sangat..


Ok...dari aku terus melalut ni kan... baik aku sambung buat kerja...(actually tak ada sangat pon)... Kang nanti kantoi dengan bos lagi malu kan...


Wokeyh semua... insyaAllah kalau ada masa lagi, aku sambung tulis...


Assalamualaikum ~~





Monday, September 9, 2013

Don't judge a book by its cover ~~



Assalamualaikum semuaaa....

Benda ni dah lama bermain dalam minda aku *minda sangat kan??*

Ok macam ni... Orang memang akan assume seseorang tu "sombong" ke kalau orang tu kurang bercakap, kurang tegur, kurang involve dalam sesuatu perbincangan dan sebagainya??

Actually benda ni da lama terjadi kat aku..yeayh..mungkin silap aku sebab aku jenis yang lambat nak adept benda/suasana baru..tapi memang kalau orang tu (seperti aku) akan terang-terang di cop sebagai sombong??

sobbs..sobbss (sedeyh la sangat)

Aku rasa benda ni tak adil kot (mungkin).. Hahah..Tapi aku dah lali da bila dah ramai sangat cakap macam tu.. Orang cakap ape..hmm "first impression" kan??

Tapi lupakah anda semua dengan ayat "tak kenal maka tak cinta"?? Ada yang lagi kelakar yang aku pernah dengar bila orang cakap masa mula-mula tengok/kenal aku, orang tu cakap muka aku ni macam nak makan orang..



Makan orang???




.....





....





...




..




.









Hmm...benda ni aku tak tau nak perbetulkan macam mana lagi, sebab orang akhirnya bila da kenal aku akan cakap "betul la orang cakap tak kenal maka tak cinta"...chewaahh... hahah~~


Atau apakah muka aku ni jenis yang masam+sombong sebab tu orang boleh assume aku macam tu??






 




Wallahualam..


Ok semua..insyaAllah ada masa tulis lagi..~~


Assalamualaikum



Tuesday, September 3, 2013

Kerana ALLAH lebih tahu


Assalamualaikum

Untuk hari ni dah entry ke 3.. Hahha..bila rajin sampai 3 entry.. Tapi bila ketandusan idea, mulalah rasa bosan.. #justsaying

Hari ni macam tiba-tiba nak ulas sikit pasal kes raya hari tu.. tapi bila fakir balik, mungkin ada hikmah. Kita merancang. Dia juga merancang..Tapi Dialah sebaik-baik perancang..


Dia yg Maha Mengetahui atas setiap kejadian. Dia yg menentukan atas setiap kejadian.




Kita sebagai hambaNya,redha dgn ketentuanNya. jangan putus berdoa kepadaNya. InsyaAllah ada hikmah yang sememangnya ALLAH sembunyikan ~


InsyaAllah, akan ada sinar bahagia untuk hamba-hambaNya




Tanggungjawab

Assalamualaikum... 

Kalau nak ikutkan aku dah belajar tanggung beban (bayar segala bills) dari start aku belajar.. Masa awal-awal sem duit sara diri (Mara) tu aku guna untuk bayar bil hand phone, broadband...

Bila duduk rumah sewa pula aku bayar plak duit sewa rmh, duit minyak kereta, duit perbelanjaan harian sebagai seorang student, duit unifi, dan lain-lain... 

Dan sekarang bila aku dah kerja, aku bukanlah rasa senang sikit,tetap sama... ye lah, walaupon aku duduk rumah sendiri, pergi kerja naik kereta (memikirkan dari segi keselamatan), bil hand phone still bayar sendiri and siap tambah satu lagi benda yg aku memang kne byr bln2..Aku buat simpanan di Easy-ASB dari RHB. Tp bila fikir balik, baik macam tu, dari kita dpt gaji, tapi tak tau kita spend duit kita ke mana..Nanti lepas ni keluar pulak jadual pembayaran balik pinjaman MARA.. so, kalau kita dapat saving dari sekarang, InsyaAllah bila kita kena bayar, tak lah kita terasa terbeban sangat.




Ayah yang ajar aku supaya pandai gunakan duit ke arah yang betul dari kita berjoli yang entah bukan-bukan. Jadi, duit bulan-bulan yang aku dapat hasil dari aku bekerja, dapatlah aku contribute sikit-sikit. Hope tak membebankan aku sangat.. InsyaAllah.. Dan aku sendiri pon kena selalu beringat dan sedar diri dengan kemampuan aku..

Ok, InsyaAllah kalau ada masa aku tulis lagi...

Assalamualaikum






I'm back

Assalamualaikum..

Actually sebelum ni aku pernah buat blog aku sendiri.. And bila sampai satu masa/tahap, aku rasa tulis blog ni sangat-sangat bosan... -..-'

Tapi sekarang kenapa aku buat blog balik?? Aku rasa melalui blog ni aku boleh ekspresikan apa yang aku rasa sepanjang hidup aku selagi aku tak melampaui batas-batas agama..

InsyaAllah ~


Ok..sampai sini dulu.. Assalamualaikum..