Tuesday, September 17, 2013

Kegemaran kami bersama

Assalamualaikum...


Hye semua..Entry hari ni berkenaan kegemaran...


Ye laa..masing-masing ada kegemaran masing-masing kan??


For my family, kegemaran bila kami semua bila berkumpul ialah MAKANN!!!! Tapi kejap..rasanya semua keluarga pon suka buat aktiviti ni bila berkumpul kan?? hahahha...


Disebabkan aku ni seketul je anak/kakak perempuan dalam family aku, jadi bab-bab masak..memanglah menjadi tugas aku...dan akhirnya aku la yang paling bosau dalam family aku...hahahah


Dan salah satu kegemaran aku, aku suka sangat cuba masakan terbaru.. op kos la yang aku mampu buat.


Bila kita buat masakan/kek/kuih tu, then bila family kita makan sampai licin/habis, mesti korang semua suka kan..kan..kan?? Sama la juga... Thehehe.. :)


Sebab sebelum ni aku ade buat puding oreo ice cream... Asalnya aku surf kat internet dan jumpa satu resipi puding ni...Dan kelmarin..aku try buat satu puding ni...


Puding Cheese Oreo nama diberi.. chewahh... Haa...Entah la ea..lately ni aku suka buat puding.. (Kalau ayah ada lagi, mesti dia suka..sebab dia suka makan puding-puding ni)


Ok...Actually aku main buat je bila aku dapat resipi dari internet... Alhamdulillah...akhirnya menjadi...


Terima kasih kat hamba ALLAH yang sudi kongsi resipi tu.. Senang jugak laa...


Kalau nak try, barang-barangnya pon senang cari.. :)


Puding Cheese Oreo

Bahan-bahan A:


  • 13g Agar-agar
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 cawan gula


Bahan-bahan B:


  • 3 biji telur
  • Biskut cheese yang diblend (dalam 120-150g)
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu mentega 
  • Biskut Oreo yang dibuang cream

Cara-caranya:

Untuk Bahan A satukan agar-agar dan air dan di masak sehingga agar-agar tu hancur. Kemudian baru masukkan gula dan kacau sampai sebati..


Sementara tu, Telur di 'blend' selama 10 saat..Then masukkan biskut cheese, susu pekat, mentega. Satukan susu cair dengan tepung kastard. Gaul dan pastikan tepung tu hancur.. Baru masukkan dalam adunan tadi..

Ok.. settle semua tu.. masukkan adunan tadi ke dalam agar-agar yang tengah mendidih.. Kacau sampai masak.. (jangan stop gaul..nanti ada ketulan yang tak diperlukan)


Lepas tu tuang adunan tu dalam bekas dan selang-selikan dengan biskut oreo tadi.. Ikut kreativiti masing-masing ye.. Dah siap boleh lah sejukkan...makan masa sejuk memang best.. 



Agak messy sikit kan?? Tapi rasa not bad tau :)

Ada orang suka terbalikkan puding tersebut bila dah sejuk.. Tapi aku biarkan je.. atas tu nanti masing-masing pandai la adjust..ye dokk... heheh




Siap bawak gi opis lagi.. Alhamdulillah..
bukan masuk bakul angkat sendiri..Tapi memang sedap 


Sesiapa yang nak cuba, go on..salin dan amk je...aku pon guna resipi orang.. jadi biar pahala orang tu bertambah sebab ilmu ni..


Ok semua..InsyaAllah lain kali tulis lagi..

Assalamualaikum...






No comments:

Post a Comment